Friday, July 30, 2010

Jangan Tiru Macam Saya

Rabu lepas, hari pertama aku datang ke lab untuk semester ni. Lab tu awal pukul 8. Biasanya aku kalau pagi-pagi bangun memang mengharapkan bantuan room mate aku la. Memang susah sangat nak bangun sendiri. Aku pon tak tau kenapa. Kalau pasang alarm tu, aku memang boleh terjaga. Tapi hanya untuk meng'off'kan alarm tersebut. Heh :p

Berkenaan lab tadi. Room mate aku hari tu takde lab sebab lain group. So memang aku kena pergi sendiri la. Tengah syok-syok tido mimpi brad pitt, tiba-tiba room mate aku kejut tanya aku tak pergi lab ke. Dia pon baru bangun jugak masa tu. Tengok-tengok jam je dah pukul 8 lebih. Mampos aku. Dah la lab pertama. Terus aku capai apa yang patut siap-siap untuk ke lab. Memang cepat gila aku bersiap masa tu. hehe. Pukul 8.40-8.45am aku baru sampai lab. Biasanya dekat sejam jugak lah aku nak bersiap. Takde nak pakai bedak ke ape dah. Serabai sikit aku hari tu. Nasib baik kat lab pakai lab coat. So dapat cover sikit. lalala.

Ok sampai je kat lab. Aku terus menyusup masuk konon-konon lecturer tak perasan. Boleh la selamat kan diri. Tapi hampa. Rupa-rupanya awal-awal lagi dia dah tanya kenapa aku tak datang. Kantoi di situ. Nak tak nak kena la jumpa lecturer explain kenapa aku datang lambat.

Aku: Maaf Doktor saya datang lambat.
Lecturer: Kenapa awak datang lambat?
Aku: Sebab saya bangun lambat Doktor.
Lecturer: Kenapa awak bangun lambat?
Aku: Sebab saya tak bangun cepat Doktor (ok ni tipu, aku tak cakap pon ayat ni, aku senyap je sebab takut).
Lecturer: Lepas ni kalau awak datang lambat lagi, saya dah tak bagi peluang ok. Ni bukan sikit awak datang lambat ni. Dah 40 minit dah ni.
Aku: Baik Doktor.

Fuh lega. Nasib baik dapat masuk. Kalau tak, kena buat experiment sorang-sorang kang. Tapi kan, bila aku pergi kat group aku. Diorang tak start pon lab lagi (T_T).

Cerita lain pulak, sejak dua menjak ni pulak, aku selalu tido lewat. Nak kata aku study tak jugak. Asik duduk menghadap internet aje hari-hari. Tu la padahnya bilik ada cable internet ni (-_-") Bila tido lambat, makanya dalam kelas confirm mengantok kan. Dan inilah hasilnya.

Ni tulisan lawa lagi masa mula-mula start sem. Semangat lagi.
Still ok lagi
Ni tulisan bila mengantok. Aku sendiri pon boleh tak paham apa aku tulis. Ada ke aku eja selectivity boleh jadi seletvavility (T_T) Rasa nak pukul diri sendiri.