Sunday, July 04, 2010

The I-City

Semalam aku pergi hantar laptop kat acer service center kat USJ. Laptop rosak, geram betul. Sebab tu aku dah jarang online, kat twitter pon aku dah takde. Tak boleh nak borak-borak dengan korang. cewah. Em lepas tu aku pergi I-City. Aku selalu tengok dekat facebook gambar-gambar orang dekat I-City yang ada pokok berlampu-lampu tu. Teringin gak nak pergi. So aku pergi la dengan adik aku dengan bf dia dan dengan sorang budak course aku, Afiq.

Actually Afiq ni yang ajak aku pergi sini nak photoshoot. Aku sampai dalam pukul 8 masa tu tak ramai lagi orang. Tapi bila dah malam sikit, ramai gila. Dekat 1000++ jugak lah aku rasa. Ramai yang tengok bola kat sana sebab ada pasang screen. Pastu tengok ramai-ramai kat tanah lapang. Dok atas batu je pon. Sakit kaki aku. hehe. Aku semangat gak nak tengok bola sebab Brazil main. Tapi last-last kecewa gila sebab diorang kalah. (T_T) Jom tengok gambar semalam. hehe
before bertolak
singgah mkn kat ayam penyet puchong, 1st time mkn ayam penyet ni. haha. jakun sikit
bokeh love aku buat guna filter Afiq. cam best je.
banyak gerai jual barang dan mainan berlampu. cantik-cantik lak tu
ramai kan orang
bentuk love tp cam senget je
tempat tengok bola
castle
ngan adik aku

p/s: German tere gile kot kalahkan Argentina 4-0. Thumbs up. Jap lagi tunggu pasukan pilihan kedua, Spain lak main. Go go Spain!