Monday, July 12, 2010

Gathering Gengblogger yang best!

Wah, orang lain dah lama dah tulis entry pasal gathering ni. Aku baru je nak tulis. Busy la katakan masuk semester baru. eheh. Ok jom baca cerita aku lak pasal gath ni.

Ini kali pertama aku join gathering untuk bloggers. Agak excited jugak la nak pergi. Mula-mula takde geng tapi last-last dapat pon geng nak gi sama-sama. Dengan Ery Farieha. Nama je aku stay Putrajaya, tapi sesat-sesat jugaklah masa nak nak carik lokasi gathering tu. Kat Precint 5, memang aku tak pernah pergi pon. Siap lalu kawasan kubur lagi nak pergi sana. Serius aku baru tau kat situ ada Challenge Park, tempat orang main skating, wall climbing, dan apa lagi tah. Tak sempat nak explore habis.

Masa mula sampai-sampai tu dalam pukul 9.45am, tak ramai lagi yang datang. Adalah berapa kerat. Bila dah pukul 10am pon tak ramai gak lagi. Ramai gak yang datang lambat. Masing-masing ada commitment masing-masing maybe.

Start je ada sesi ice-breaking. Masa ni baru la tau muka-muka blogger kat alam maya ni. Semua pon macam 'ohh ni ke author blog tu?' hehe. Aku pon sama la jugak. Sebelum ni kenal kat blog je tu pon tak macam tak berapa kenal sangat muka.

Lepas sesi ice-breaking lak, ada main game. Ada buat group masa ni. Aku group dua. Game dia main teka-teki. Bagi aku sesi permainan ni macam tak well-prepared sangat kot. Entah ek. Game pon tak berapa banyak. Tapi overall memang enjoy dan best. Cuma next time aku rasa boleh perbaiki sikit. Ye la AJK pon sikit je kan, pastu nak handle macam-macam.

Sesi petang lak ada sharing session oleh Kak Jie dan Ariffshah. Banyak gak mereka bagi tips. Banyak gak input. Tapi ada gak certain part yang aku tak paham. Hehe T_T Tak paham tapi tanak tanya ek. Biasa lah aku ni pemalu orangnya. Hinsf hinsf.

Time gath ni la yang tak kenal masa mula-mula pon tiba-tiba je jadik rapat. Lepas tu boleh la tambah-tambah kenalan. Dan makin ramai yang add aku kat facebook. Siapa-siapa yang nak add boleh la add. Kat twitter pon sama. Antara gambar yang aku amik kat gath tu.

Kalau nak tengok gambar lain-lain,  boleh la tengok kat album facebook aku yer. Ada 135 keping gambar. Dah penuh inbox email aku dengan komen-komen gambar. hehe

p/s : Ada 3 orang blogger nama HIDAYAH jugak aku jumpa masa gathering ni. Ramai betul orang nama sama dengan aku. hehe :)