Friday, June 18, 2010

Toy Story 3 best !

Dah lama kiranya aku tak bawak adik-adik aku tengok wayang. So tadi aku bersama 3 orang adik aku pergi Alamanda nak tengok cite Toy Story 3. Baru keluar hari ni tak silap cerita tu. Memang aku minat cerita toy story ni. Yang Toy Story (1995) dengan Toy Story 2 (1999) dulu pon aku layan gak.

Tadi adik aku yang darjah 6 tu belanja. Haha siot punya akak pergi pow adik tengok wayang. isk3. Jangan tiru perangai cam aku ni ye kawan-kawan. hee.

Cerita ni pasal mainan-mainan Andy contohnya macam Woody, Buzz Lightyear, Potato Head and etc. Diorang ni dah lama terbiar sebab pemilik diorang Andy tu dah besar. So takkan nak main permainan camtu lagi kan. Pastu Andy ni pulak nak masuk kolej. Tu yang diorang jadik risau sama ada diorang kena buang ke or kena derma kat pusat penjagaan kanak-kanak. Macam-macam hal yang terjadi. Kat rumah penjagaan tu diorang terperangkap tapi nasib baik woody selamatkan diorang. Banyak karakter-karakter baru yang korang boleh jumpa dalam cerita ni. Tu je la aku boleh cerita. Kang cerita banyak-banyak tak best pulak korang nak tengok nanti.

Memang berbaloi-baloi tengok cerita ni sebab best giler. Ada part kelakar, sedih. Time ending dia memang sedih la masa diorang berpisah dengan Andy tu. Nak nangis aku. Hahaha gedik gila nak nangis, cite katun je pon kan. Aku bagi 5 bintang untuk cerita ni. Jangan lupa tengok cerita ni ok.