Wednesday, June 23, 2010

Oh! Braces

Dah lama tak tulis entry pasal braces. Last aku tulis pon masa hari kedua aku pakai braces. hehe. Sekarang nak cerita sikit pengalaman-pengalaman aku selama 6 bulan setelah memakai braces ni. Banyak suka-dukanya. Err poyo lak aku ni.

Aku tak suka pergi follow up tiap-tiap bulan jumpa dentist. Sebabnya kalau lepas follow up, mesti nak makan sakit. Tapi 2,3 hari je sakit nak makan tu. Lepas tu dah ok balik dah. Lepas tu, tiap-tiap kali jumpa dentist dia akan tukar getah yang ada banyak-banyak color tu. Pilih je color apa korang suka. Semua ada. Paling banyak aku buat 4 color sekaligus. Meriah betul gigi aku kan. haha. Doktor cakap maximum boleh pilih 5 color. Tapi sekarang ni aku guna 2 color aje. Tu pon macam tak kena je color nya, hijau dengan oren. Layan je la~

part of braces

Bukan getah tu je doktor akan tukar, wayar pon dia akan tukar sekali. Semakin tebal wayar tu, semakin sakit la gigi sebab dia makin menarik-narik gigi kita tu. Semakin sakit gigi kita, semakin rasa menyesal sebab pakai. haha. (hipotesis diterima). Time nak pasang tu, toksah cerita la sakit nya, doktor tu tekan gigi aku tu sampai meleleh air mata beb. Boleh bayangkan tak sakitnya. Haha saje je aku nak takotkan korang. Biar siapa-siapa yang nak pakai tu, terus cancel nak pakai. hihi. Acah je. Tapi ni memang betul. Takdenya aku nak tipu-tipu.

Aku memang tak pernah pantang kalau nak makan apa-apa lepas gigi dah tak sakit tu. Semua pon aku sebat. Keras ke, tak keras ke. Memang tak pernah jadik apa-apa pon. Tapi dua hari lepas masa kat tempat kerja, aku makan keropok ikan bersira. Memang kopok faveret aku tu, punya tengah syok mengunyah, tup-tup ada benda keras yang aku gigit. Aku pelik dah. Takkan la keras beno kopok ni.

Sekali tengok, rupanya bracket braces aku tu dah tercabut. Aku punya lah cuak time tu. Ingat semua braces aku dah tercabut. Dengan sepantas kelajuan cahaya, cepat-cepat aku pergi toilet sebab nak tengok cermin. Lepas dok belek-belek, nasib baik yang bracket hujung sekali je yang tercabut. Macam takde effect sangat la sebab bracket tu dia tak pasang wayar lagi. Lega terus. Kalau tak, tak masal je kena gi jumpa doktor. Dah la jauh kat JB.

Sepanjang cuti sem ni aku tak gi follow up pon sebab jauh Putrajaya-JB. Nasib baik doktor tak kisah. Tapi nanti lambat sikit progression gigi aku ni. Tapi best sebab takyah sakit-sakit. hehe. Naik je cuti ni memang terus kena pergi follow up.

Aku pakai braces ni sebab nak turunkan gigi taring aku yang kat atas tu. Ada dua. Sekarang ni, satu gigi taring tu dah turun bawah dah. Cepat tak? hehe. Tapi lagi satu tu, tak turun-turun. Aku pon pelik. hehe.

Kalau korang nak tanya apa-apa ke pasal braces ni, boleh je tanya aku. Kalau tak nak pon, boleh usha blog ni, KOMUNITI BRACES. Kat sini ada senarai blogger-blogger yang pakai braces. Aku pon tak ingat macam mana blog aku boleh ada dalam senarai ni. Admin dia aku tak kenal pon. huhuhu.

tada.. me with braces :)