Monday, June 28, 2010

Gathering GengBlogger

Sabtu 10 Julai ni tarikh gathering GengBlogger. Aku memang ingat nak pergi gathering tu. Tapi macam takde geng la pulak. Geng-geng blogger yang betul-betul aku kenal macam Serol-Nizam, Nadia, Ayu semua macam tak pergi je. huhu. Sape-sape yang takde geng tu, boleh la roger-roger aku yer. hihihi. Takde la aku mati kutu kang kat sana. RSVP event tu kat fb pon aku dah tukar kepada maybe attending sebab tak sure lagi. Tapi rugi gak kalau tak pergi sebab dekat je kot dengan rumah aku. Tak sampai 10 minit. hehe

Baju GB tu pon aku dah tempah dah. Amek kat sana. Kalau tak datang, siapa nak amek kan ek? Boleh ke pos? Em entah la..

11 Julai pulak aku dah kena balik UTM. Semester yang ke 5. Pejam celik pejam celik dah nak jadi budak 3rd year dah. Rasa macam baru je orientasi aritu. hahaha. *pasan muda kejap*.

Ok last sekali aku nak share gambar yang aku shoot malam semalam. Gambar ni selepas gerhana bulan. Aku lupa lak nak tengok gerhana bulan semalam. Takpelah, tengok bulan biasa pon aku dah suka. hehe.




update : Yay dah dpt geng nak pergi gathering nanti. Aku pergi dengan Ery Farieha. Sesiapa yang pergi, jumpa di sana ya...