Thursday, June 17, 2010

Demam World Cup

Sekarang ni bukak FB ke, Twitter ke, Blog ke, semua dok pakat citer pasal World Cup. huhu. Sebulan ni memang mengadap pasal world cup je la ek. Aku takde lah minat sangat tengok world cup ni. Minat gitu-gitu aje. haha. Fav team je aku tengok, kalau yang tak minat, memang tak rajin la. Lagipon aku busy sikit kot. Takde masa nak tengok bola ni.

Semalam aku berjaga malam, pukul 4 lebih baru tido. Konon nak tengok Brazil main sebab aku minat Brazil. Bajet kat Astro memang ada la. Sekali bukak-bukak, rupanya tak subscribe yang WC nye channel. Pastu tengok kat TV1 and astro arena plak, dia bukak siaran tertunda semalam punya yang Germany main. Sapa la nak tengok weh. Cuba la buat live je. Hampeh betul (-_-"). Terus aku hilang mood.

Pastu aku tengok on9. Macam tak best sangat sebab asik sangkut-sangkut aje. Aku berjaga sampai 4 lebih sebab nak tau result Brazil. Nasib baik menang walaupon sikit je gol nye. Tapi ok la kan, menang jugak. hee. Esoknya dah la keja pagi masok kol 7. Memang terhuyung-hayang la aku buat keje. Siap leh tersengguk-sengguk lagi. haha. Punya la seksa. Pasni kompem aku nak tido awal. Tanak jadik macam semalam lagi.

Hari ni ayah aku ada bawak astro punye card dari rumah lama. Yang tu ada sukan nya channel. Takda la aku kecewa macam semalam lagi sebab tak dapat tengok kat TV. huhu.

Spain dah kalah tadi, sape-sape kipas-susah-mati Spain tu jangan kecewa eh. Meh kite sokong Brazil pulak. Eh eh. hehehe :p

Ok, lagi satu. Aku baru je buat photoblog. Jom la singgah kalau rajin. Komen-komen sikit gambar aku amek yang tak berapa nak lawa tu. Kalau nak tengok gambar lain, kat Flickr aku pon ada.