Thursday, June 10, 2010

Aku memang tak pandai menyimpan duit.


Sejak dari kecik lagi aku memang tak reti nak menabung. Ada tu ada la tapi setakat simpan dalam tabung pastu last-last aku gi korek jugak. Tu pun kejap je duit tu ada dalam tabung. Kadang-kadang time semangat menabung datang, eceh semangat gila. Balik-balik je terus simpan dalam tabung. Banyak jugak koleksi tabung yang aku ada dulu, tabung menara tabung haji, tabung yang bentuk unta, tabung bank pertanian yang bentuk buah kelapa tu. Tabung aje yang banyak. Simpannya tidak. haha. Jeles jugak dengar cite kawan-kawan simpanan diorang ada ratus-ratus, ribu-ribu dalam bank. Aku?

Dulu masa sekolah rendah, aku ada gak simpan duit kalau ada lebih kat akaun Tabung Haji (baik tak aku? hihi). Bagi je duit kat cikgu tak kesah la bape pon. Bawah singgit pon boleh. Cikgu aku yang handle kan suma. Tapi sampai sekarang ape cite tah akaun aku tu. Wat penat je aku penat-penat simpan kan. (-_-")

Kalau dari kecik tak pandai simpan duit, kompem la dah besar pon tak reti kan. Duit-duit yang bapak aku bagi ke, duit raya ke, duit gaji part-time ke, memang laju je aku habiskan. hehe.

Pernah dulu masa sem 2 kat UTM. Masa tu duit JPA baru masuk. Dia masuk untuk sem 1 dengan sem 2 sekali. Total lebih kurang RM 10,000 la jugak. Tapi sampai sekarang aku masih tak tau kat mana duit tu menghilang. Tak nampak langsung barang apa yang aku beli. Nak kata aku beli handphone ke, camera ke, memang takde pon. Aku habis beli jajan kot sampai 10k tu. adoi. Rasa nak pukul je diri sendiri. dush~

So sekarang, bila aku ada duit je, aku nak beli sesuatu yang boleh nampak macam gadget-gadget ke, handphone ke, lense camera ke. Sebab nanti takde ar rasa cam duit tu hilang macam tu aje. Paling-paling pon kalau takde duit, Leh ar gadai jual balik benda-benda tu semua. hehehe.

p/s: Kena simpan duit dari sekarang untuk kahwin. (eh eh tangan ni tertaip sendiri pulak). Gatal betul. hee :p