Tuesday, May 18, 2010

Bangga sangat ke ada kad kredit platinum?

Di salah sebuah stesen minyak di Putrajaya.

Pak cik : Dik, pam no 1 nak isi RM5. Lepas tu saya nak rokok Dunhill 20.

Cashier : So total RM 14.30 ye.

Lalu pakcik tu pun menghulur kad kredit kepada cashier tu. Lepas je dah swipe, cashier tu pon bagi pakcik tu kad kredit dia dulu. Kertas yang untuk sign tu, dia bagi terlambat sikit. Tiba-tiba je pakcik tu cakap..

Pakcik : Mana kertas saya nak sign nya? Awak ingat saya tak nak sign ker? Kad kredit saya ni PLATINUM tau. Saya ni ada macam-macam jenis kad. (kata pakcik tu dengan nada bongkak)

Cashier : Ohh yeke? Terima kasih pakcik. Datang lagi. (malas nak layan, kalau tak makin menjadi-jadi pulak)


Pakcik tu pon berlalu ke arah moto kapcai honda beliau untuk isi minyak.

Tak boleh blah betul aku dengan pakcik ni. Bangga sangat dengan kad kredit platinum dia. Nak guna, guna je la. Tak perlu nak bangga-bangga. Kalau aku la yang jadik cashier tu, dah lama aku patahkan kat situ jugak card dia. haha. Nasib baik kawan aku yang jadik cashier tu penyabar orangnya. Yela, kalau dah rasa kaya sangat, takkan la nak bayar RM14 pon nak guna credit card kan?