Tuesday, May 11, 2010

Apa Pendapat Korang Tentang Crocs

Sekarang ni aku tengok, makin ramai yang pakai crocs. Jalan kat mana-mana mesti at least nampak la 3-4 orang yang pakai. Yela, sekarang ni yang menjual nya pon dah melambak-lambak. Dari kat kedai crocs, sampai la ke pasar malam, uptown, downtown, pesta konvo, blogshop dan lain-lain. Pastu makin banyak jugak yang jual fake crocs. RM30 dah boleh dapat. Kalo kat kedai crocs dalam RM130++. Jibbitz crocs tu kat kedai crocs satu dah RM 6-9. Kalo kat pasar, 50 sen dah boleh dapat. hahaha. Berbeza betul harga dia kan.

Actually, aku pon salah seorang jugak yang pakai crocs ni. Aku beli tahun lepas kat JJ Tebrau. Pink mary janes. Masa tu still tak ramai lagi yang pakai. So rasa macam best je la. cewah. Aku suka pakai sebab senang terus sarung je. Lagi -lagi bila dah lambat gi kelas ke. Sampaikan kaki aku berbelang berbentuk crocs sebab selalu sangat pakai (T_T) haha


crocs aku dengan jibbitz action kamen, ladybird and flower

Tapi sekarang minat aku nak pakai crocs dah kurang sikit sebab macam dah bersepah-sepah sangat orang pakai lagi-lagi yang jenis crocband. Sekarang nak keluar aku pakai selipar je. Simple. Lagipon, crocs aku tu tapak dia dah haus, aku jalan seret-seret kaki kot. Tah la.

Ada certain orang tak suka dengan crocs ni sebab diorang kata buruk. Siap tercalon dalam Top 10 Worst Fashion Trends of The Decades.  Bagi aku, lawa je. Lain orang lain pendapat kan.

So apa pendapat korang?