Friday, May 14, 2010

Apa itu PMS?

Orang perempuan aku rasa tau kot apa tu PMS (Premenstrual syndrome). Yang setiap bulan sakit-sakit perut bila datang bulan. Ada yang sakit nya sikit je, ada yang sakit nya boleh sampai guling-guling, muntah-muntah. Ha yang ni memang tahap kritikal. Contoh terdekat room mate aku. Dia kalo PMS, semua keje tak jalan. Terbaring je kat dalam bilik, pastu muntah-muntah. Nasib baik aku tak pernah lagi sampai tahap tu.

Cuma pagi tadi, 1st day aku datang bulan, aku sakit perut sangat-sangat. Pastu aku tidur kejap. Then masa nak gi keje (part time kat petronas presint 11), dah ok sikit so aku pergi la. Lepas 2 jam, sakit datang balik. Fuh memang kaw-kaw sakitnya. Terguling-guling gak aku kat dalam surau. Nasib tak muntah. Pastu aku telan panadol yang menstrual tu 2 bijik, and then tidur 2 jam. Barulah rasa lega sikit. Pastu sambung balik buat keje. huhu. Tu pon still sakit jugak. Tapi aku tahan je la.

Ada orang cakap, aku tak tau la betul ke tak. Kalo sakit masa datang bulan, nanti susah nak mengandung, ke susah nak beranak ek? Aku pon kurang pasti.

Korang mesti ada pengalaman sakit macam ni jugak kan.