Monday, April 26, 2010

A Night With SRC

Tekanan aku masa final akhirnya berakhir jugak. Seronok sangat dah takyah study. Tapi dua bulan je la. Lepas tu sambung balik. Sem depan lagi la tension kot. Dengan PBL nye, PSM lagi. Ramai senior kate masa 3rd year nanti busy. Takpe lah, sementara ada masa lagi ni, kita enjoy ye kawan-kawan. hee :)

Malam lepas habis final tu, kelab aku (SRC) ada wat BBQ. Ramai yang datang dan ramai gak yang tak datang sebab ramai dah balik. Buat bbq tu kat Balai Cerap UTM. First time kot aku datang balai cerap malam-malam. Takot gak sebab jalan nak gi sane sunyi gila. Seram~ Tapi memang lawa la tengok pemandangan. Nampak langit kaler merah-merah. Nak shoot gambar langit tapi tak bawak tripod lak. So hasilnya, blur je la kan. hehehe

Makan pon best, ada sate, spaghetti, mee, hotdog dan macam-macam lagi la. Sampai tak larat nak makan. Berbaloi-baloi aku tak makan dari pagi semata-mata nak tunggu bbq ni. hehe. Pastu ada karaoke gak. Tapi certain je yang karok. Aku nk gak 'menyumbangkan' suara tapi takpe ar kasik peluang kat orang lain.hehe :p

ni dia presiden SRC tengah karaoke. haha
Azah, Eda, Lina dan Ika
haha rajin tak aku masak.
And then macam-macam game kitorang main. Main penyakit berjangkit, leh plak diorang pas kat aku. Tah gaya ape tah aku buat, buruk gila kot. Mintak-mintak takde orang amek gambar. Haha. Asik gelak je malam tu. Lepas main game ada sesi ucapan para-para senior yang bakal grade sem depan. Lepas ni diorang dah takde. Sob sob.

masa acara permainan. kena denda sume nih..kena menyamar jadik rama-rama melekat kat pagar. haha
senior yang bakal grad. yang kanan tu memang suke wat lawak. aku asik gelak je
Ape motif Teva ni tiba-tiba melompat. haha. ini dia SRC-rian
Pastu tengah syok-syok amek gamba, ada orang gi baling tepung plak. Habis putih2 baju dan tudung aku. Hampeh jer. Itu je la cerita before balik. Sekarang ni budak-budak kelab aku tengah naik Gunung Stong dan Gunung Ayam kat Kelantan. Aku tak join atas sebab-sebab tertentu. hehe :)

p/s: Kepada siapa-siapa yang masih ada exam tu, selamat berjuang! Lepas ni korang pon boleh join aku enjoy. haha. Yang dah abes exam, tapi masih tak balik-balik tu, harap bersabar la yer! hehe