Thursday, April 29, 2010

Kau carik guna mata ke guna lutut?

Macam kasar la plak tajuk entri aku ni. hehe. Tapi ayat ni biasa kot aku dengar. Selalunya time kita kena suruh carik satu benda then kita tak jumpa, orang yang suruh kita carik tu akan cakap camtu la kat kita kan. Cis dah ar suruh kita yang carik, then kita lak yang kena marah. (T_T) takpe-takpe, aku penyabar orangnya. Cewah.

Tapi ayat tajuk tu memang kena kat aku kot. Hari tu ada dua barang aku carik tak jumpa, iaitu charger camera adik aku dan jugak usb cable camera yang aku dah jual tu.  Puas aku carik macam orang gila. Kat hostel, kat rumah semua aku carik. Yela sebab camera tu aku dah jual, before jual tu memang lengkap ar semua ada, usb cable, video cable. tup tup time nak bagi camera kat buyer, boleh pulak dia hilang. Hangin la aku.

Tapi last-last, masa kemas-kemas barang nak balik dari UTM hari tu, dua-dua barang tu aku jumpa elok je dalam laci aku. Ya laci meja study aku ye kawan-kawan, yang boleh dikatakan hari-hari aku duduk dan bukak laci tu. Sengal gile kot (-_-") Buat penat je aku carik bagai nak rak sebelum ni. Memang betul lah aku carik guna lutuk agak nya, sebab tu tak boleh jumpa. cisss~

Pengajarannya, lain kali kalau nak cari barang hilang tu, cari la elok-elok. Dengan penuh sabar. Kalo tak, nanti jadik macam aku. haha. Ok bai.

gambar sekadar hiasan. gambar sunset from Taman Putra Perdana, Putrajaya yang aku amek petang tadi.