Saturday, January 03, 2009

Hari-hari terakhir di UTM

Wah dah lama saya tak update blog. Memang busy la lagi-lagi time study week ni ha. Pastu dengan kes no broadband saya kena barred gara-gara tertido masa dah tamat tempoh. Berkira betul orang celcom tu kan. 3-4 jam je pon kira cincai la. Kasik free pon takpe. Saya guna celcom dah bertahun tau. Ni dia charge saya sampai RM100++. sob2. Habis duit saya, baru nak simpan duit nak guna time cuti nanti.

Minggu lepas saya plan nak makan dekat Mama Chop Papa Grill kat area UTM ni. Dah 2 tahun duduk sini tak pernah makan kat sana. So ajak la rakan-rakan sekelas pergi sana. Semalam baru pergi. Dalam 20 orang camtu. Sampai-sampai je tempat pulak penuh. Meja pulak kecik-kecik aje tak boleh nak sambung-sambung. Last-last makan kat warung biasa je. Kempunan nak makan sana. Sape yang sudi nak belanja saya sila lah angkat tangan ye.

Tinggal lagi seminggu je kat UTM ni lepas tu dah merdeka. Paper pulak tinggal lagi 2 je. Sekarang ni tengah serabut nak kemas barang. Banyak betul barang nak bawak balik. Kan senang kalo bilik boleh sewa simpan barang. Ni yang nak suruh bapak saya bawak lori ni masa amik nanti. Nasib baiklah bapak saya takde lori. Kalau tak, dah lama saya paksa. hehehe

p/s: Saya jeles kat orang tu yang dah habis exam. Turn saya seminggu dari sekarang. Mari kite countdown beramai - ramai. Zasss~



dengan rumet


dan kawan-kawan

kualiti gambar tak berapa cantik sebab guna camera
hp je. camera gedabak saya ada orang pinjam. sobs~



cepat teka sape saye. wee~