Sunday, April 11, 2010

Award

Dah 2 orang kasik aku award so nak share la jugak ngan korang sume. First aku dapat award dari Mr Nabil Potter. Dah lama dia bagi ni. Baru nak wat. hehehe.


Ni la award yang aku dapat. Beautiful blogger award. Award ni kena ada syarat pulak. Kena bagi tahu 7 perkara tentang diri aku. Nak cite ape ek. Macam takde yang menarik je untuk di kongsi. huhu

  1. Hobi aku adalah membaca online. Sehari kalo tak online memang tak sah. Bukannya wat ape pon, sikit-sikit bukak fb. Takpon jalan-jalan blog orang. hehe. Sekarang ni aku rajin gak ber twitter. Tapi still tak ramai lagi member kat twitter. Yang kenal pon ada la dalam 3-4 orang. (T_T).

  2. Aku prefer internet daripada hp. huhu. Aku tak suka bergayut dan sms (aku sms org yg aku suke je + hal-hal yang penting) hehehe :) Kalo tak, hp tu tah mana-mana je aku letak. Kengkadang orang call banyak kali pon aku tak perasan sebab hp aku sentiasa silent. Lagi 1, aku tak paham orang yang suka bergayut kat tepon lama-lama. Tak panas ke telinga? Maaf ye sape-sape yang terasa tu.hihihi

  3. Aku seorang pemakai braces. Baru 3 bulan kot aku pakai ni. Kalo ada sapa-sapa nak tanya pandangan macam mana pakai braces ni, aku akan suggest kan kat diorang, tak payah pakai. Seksa gila kot. hah padan muka aku kan, konon lepas pakai nanti cantik la.

  4. Aku agak pendiam dengan orang yang aku tak kenal. Tapi kalo dah kenal, banyak kot aku cakap. huhu. Dengan budak 1 aras ni dah setahun dok sama pon still aku tak banyak cakap. Berat sangat agaknya mulut aku ni.

  5. Aku seorang yang kuat makan. Kadang-kadang bila dah kenyang tu aku rasa, bile la nak lapar balik ni sebab aku nak makan lagi. Teruk betul lah. Walaupon aku kuat makan, berat aku maintain kurang 50 kg. ececeh. Sekarang aku tengah cuba untuk menggemukkan diri. Nak berat lebih 50kg. Baru la ideal kot nanti. Ni BMI aku 17 je. Underweight kot.

  6. Aku tak suka aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh. But guess what. Aku dah tawan 2 puncak gunung tau walaupon tak suka. hehehe.

  7. Aku minat fotografi tapi masih dalam process belajar lagi. Tapi takdelah minat sampai nak jadik photographer ke ape. Just as a hobby.


Ok tu je. Beautiful blogger ni untuk perempuan je ke? Tapi Nabil pon dapat, so boleh la kasik kat lelaki kan. hehe. Award ni aku nak pass kat diorang ni.

  1. Azwa Laila (besfren aku yg kat german)
  2. Nur Nazlina (roomate kesayangan)
  3. Nadia Ibrahim (dak kos aku)
  4. Ariana Naziha (akk senior tapi sebaya, hehe)
  5. Hasnida Sidek (ni pon dak kos gak)
  6. Serol-Nizam (senior yang dah nak meninggalkan utm)
  7. Asyraf (classmate mase tadika + darjah 1 + darjah 2)

Award yang ke-2 aku dapat adalah Anugerah Terhormat Top Blogger 2010. Award ni aku dapat daripada seniorku, Serol-Nizam. Mekaceh yer. Lenkali bagi lagi..




Award ni aku nak kasik kat diorang ni pulak. Antara blog-blog yang aku suka baca. Ada yang tak kenal aku kot. Takpe, nak bagi jugak.

  1. Dart (aku tak tau nama penuh dia, blog dia best)
  2. Ili Syazwani (akak senior kat utm tapi tak penah nampak pon)
  3. Aizul Marcello (ni pon senior utm, gambar2 kat blog dia cantik2)
  4. Mira Uttika (kenal kat alam maya)
  5. Fatin Liyana (dak skola aku)
Pastu, aku ada dapat extra award, eh award ke? hehehhe. tadaaa~

yang ni yang paling aku suka ^__^
sape yg bg ek. jeng3~