Thursday, March 25, 2010

Ada apa dengan Facebook?

Sekarang ni aku rasa semua orang pon dah ada Facebook even budak-budak sekolah rendah, pakcik, makcik, cikgu, mak, bapak, semua ada. Aku buat fb ni masa hujung tahun 2007 kalau tak silap, masa aku kat matrik. Masa tu tak ramai lagi yang ada fb. Aku wat tu pon, sebab terpengaruh ngan akak yang kat London masa tu.


Aku mula-mula tak suka jugak. Sebab serabut gila dengan application yang tah hape-hape. Yela, masa tu tengah zaman kegemilangan friendster kan. Jarang la bukak fb ni. Tapi sekarang aku rasa, macam dah takde je orang yang bukak fs. Ada tu ada la tapi tak banyak. Cian kat fs kan. huhuhu. Myspace aku ada gak dulu. Tapi tak layan sangat sebab tak kenal pon orang yang add-add aku tu. Pastu aku rasa Myspace banyak budak poyo. hahaha. Maaf ye kalo ada yang terasa. Tu pendapat dari aku je.


Korang rasa, fb ni banyak mendatangkan kebaikan ke keburukan. Hehe. Meh aku nak share apa yang aku suka dan tak suka dengan fb ni.


Suka
1) Dapat jumpa kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa. Yang dah 13 tahun tak jumpa pon aku leh carik balik kat fb. Memang best. Pastu wat reunion.

Gambar masa aku darjah 1K kat SK 17, Shah Alam. Mostly aku jumpa diorang through fb. Jangan tanya aku yang mana. Selebet je muka masa kecik.

2) Dapat la release tension kalo penat-penat study. Kat fb macam-macam game ada. Cakap je nak game apa. Nak main masak-masak, tanam-tanam, main bola, semua ada.


3) Pastu sehari kalo tak bukak fb, aku rasa banyak je benda tak tahu sebab semua orang, apa-apa update je, mesti letak kat fb. So dari situ, banyak la benda yang kita tau. Nak gossip2 pon best. hee.

4) Pastu semua kat fb boleh komen. Gamba, status, notes, video, tu yang menyebabkan fb best.


4) Pastu kat fb leh tag-tag. Fs tak boleh. Myspace ada gak tapi tu pon dia tiru fb kot. huhu


5) Kita boleh control apa-apa yang kita nak orang tengok, or tak bagi tengok.



Tak suka
1) Aku rasa fb ni banyak gak dah membuang masa aku. Mana tak nye, time tengah2 study, sempat gak bukak. Pastu study tah ke mana. Tiap hari > 5jam kot aku bukak fb. Tak pon lebih. Kalo aku guna time tu untuk study, dah lama 4 flat. hahaha.


2) Aku tak suka application yang menyemak kat wall aku. Penat aku delete nanti ada je yang hantar lagi. hampeh betul.


3) Aku tak suka gambar-gambar yang orang tag aku tu nampak bersepah-sepah je. Pastu aku tak suka orang tag aku gamba tah hape-hape. Nanti orang komen, wat nyemak inbox email aku je. huhu. Melainkan gamba tu ada muka aku, itu takpe. heh


Tu je la kot. Ada lagi rasanya tapi tak terpikir lak malam-malam ni.