Wednesday, February 03, 2010

Kami memang kembar

Situasi 1

Pagi tadi ada break kelas sejam so aku dan Lina decide pergi beli kuih dekat CICT (pusat komputer kat UTM). Kat tempat kuih-kuih tu ada 2 orang lelaki @ pakcik tengah rancak berborak-borak. Tengah sibuk-sibuk aku nak pilih kuih apa nak makan, tiba-tiba salah sorang laki ni cakap kat aku.

Lelaki A: "Eh, awak 2 orang ni kembar eh?" (Sambil tengok-tengok muka aku dan Lina.)
Aku: Aku angguk je tak cakap pape. hehe. Sori la tertipu :p
Lelaki B: "Haa aku dah agak dah". (yakin gile pakcik sorang ni cakap. kwang3)
Lelaki A: "Ni mana 1 akak mana 1 adik ni." (Soalan ni memang biasa la orang akan tanye bila aku cakap kitorang kembar. Cuba tanya soalan lain sikit. hehe. Kalo kembar kan lahir nye dekat2 je. Tak kesah kot mane akak mana adik. Bagi aku la)
Aku: "Ni akak", sambill tunjuk kat Lina.
Lelaki A: "Dah kawin belum ni". (Kitorang muda remaja lagi boleh tanye dah kawin ke tak. Wajiblah belum)
Aku: "Erk!"

Pas abis bayar je aku ngan Lina terus blah.

Haha jahat tak aku tipu. Takdelah tipu kan, cuma tak cakap perkara sebenar je. hehe. Yela dah RAMAI sangat cakap so aku iyekan jela kan. Kang kecewa pulak diorang bila tekaan diorang tu salah. hehe.

Situasi 2

Masa ada ko-q kat Kompleks Sukan KTF tadi, ada sorang budak kayak jugak tanye kitorang kembar ke tak. Kali ni aku baik sikit ar sebab aku tak tipu. haha. Sedangkan, Lina dah nak iye kan dah tapi aku tergelak pulak. So kantoi la plak. hehehe.

topi mesti matching ngan baju

Eda dan Lina