Wednesday, January 20, 2010

Melayu mudah lupa.

Manusia zaman sekarang ni, bila dah ada pangkat, dah ada title panjang-panjang kat depan nama, educated pulak tu, makin kurang pulak budi bahasa. Bila dah ada kat atas, mudah sangat lupa diri, lupa asal-usul.

Senang-senang je nak hina, herdik-herdik, mencarut-carut kat orang yang bawah. Walaupun dia yang bersalah. Patut ke? Aku memang tak suka orang yang macam ni. Orang yang sepatutnya aku hormat tapi terus aku hilang respect pada dia.

Sebenarnya tadi depan mata aku, aku menyaksikan satu kejadian yang memang aku tak boleh nak terima. Aku tak boleh la nak cerita kat sini kang jadik isu lain pulak. Memang aku sedih gila tengok sampai aku rasa nak nangis sebab takut.

Biarlah kita kat bawah je pon daripada jadik macam tu. Hope aku takkan jadik seperti itu.

Aku sangat kecewa. Kesian kat kawan dan lecturer aku. Sabar tau.