Friday, November 27, 2009

Perkara aku tak boleh lupe masa kat matrik

Aku nak cite sikit kesah-kesah mase aku kat matrik dulu. Aku matrik kat KMJ, Tangkak. Memang ni pilihan aku sebab dekat ngan rumah. Mase tu aku dok kat Muar lagi. So, everyweek memang nak balik senang la. Sebab tu mintak dekat-dekat. hehe. Tapi sekarang, JB ngn Putrajaya. Jauhnye nak balik. Pegi balik je dah 60 hengget. Kalo everyweek nak balik, pokai..

Banyak gak kenangan-kenangan mase kat matrik dulu even setahun je kat sane. Aku paling rapat ngn rumet aku, Syafiqah Sophia sebab dia 1 kuliah ngn aku. So g mana-mana memang sama-sama. Makan, basuh baju, iron baju, gi outing, gi kelas, gi bazar. Semua benda la wat sama-sama. Pastu kat kelas aku rapat ngn Rafi. Memang kawan je ar, tapi budak-budak kelas aku suka gosip-gosip. Dia ni memang baik la. Tutorial kalo dah siap, tanye aku nak pinjam ke tak. Paham-paham je la aku ni pemalas, ape lagi, COPY je la. hehe. oppps kantoi. alah, korang cam tak biasa je kn. Em pastu dia ni kasik aku pinjam laptop lagi, ye la masa matrik aku mana la ada laptop. huhu. Memang baik la kawan aku 2 orang ni. Budak kelas yang aku rapat lagi, Mira, Reti dengan Shahrina. Em yang lain baik jugak cume tak berapa rapat. Masa tu aku memang tak rapat lagi dengan Lina, Ika dan Piza (classmate aku kat UTM sekarang merangkap bez fren aku sekarang). Sebab dulu diorang ni aku rasa macam SKEMA. haha. Jangan marah ha. Tapi sekarang, bila dah kenal rapat. Boleh je ngam.

aku, rafi dan ika


see, baju pon nak pakai sama-sama. hehe.
baju ni memang kebetulan kitorang beli tersama.


1. TRAGEDI OUTING GI MUAR

Masa tu aku dengan rumet aku nak gi outing kat Muar. Biasanya outing kat Tangkak je sebab dekat. Tapi kenape tah masa tu tukar angin nak gi Muar plak. So pegi la mase weekend. Yela leh jalan lama sikit kalo weekend. Nak gi Muar kene tunggu bas kat depan KMJ tu. Naik bas merah kuning. Tunggu punya tunggu bas pon muncul. Peh ramai gila beb dalam bas tu. Korang mesti leh guess kan nape ramai gila time weekend2 camni. Pastu bas tu kalo penuh ngn orang Malaysia takpe ah. Ni penuh dengan BANGLA dan INDON. Sekali lagi aku tegaskan, Bangla dan Indon ye. Korang boleh bayangkan tak. Nasib aku baik masa tu (ke aku patut kate malang ha), aku dapat la naik bas even berdiri je dekat-dekat ngan tangga. . Kire aku berdiri sebelah tingkap. Bas ni bas air-cond. So tingkap tutup la kan.

Memang bersesak gila dalam tu macam sardin. Dengan bau je lagi. Memang mantap la. Kalo ada kete kat sebelah tengok keadaan aku, mesti diorang gelak sebab aku macam dah melekat kat tingkap tu. Tapi sebab nak gi Muar punya pasal ni, aku gigihkan jugak (-_-"). Setengah jam lepas tu aku dah mula rasa lain macam. Tekak dah loya-loya. Masa ni bas ni kat depan sekolah sains Muar. Aku cakap ngn rumet aku, aku dah tak tahan gila ni. Rasa nak muntah. Tak cukup oksigen kot. Pastu dengan bau yang mantap tuh. Dah lemah ar masa tu tinggal nak tumbang je. Berhenti je bas tu kat bus stop depan sains muar tu. Terus aku meluru gi longkang sebab nak muntah. Orang kat bus stop tu dah pandang aku lain macam. Ah pedulik la, drpd aku muntah kat korang kang. Woh nasib baik aku tak muntah masa tu. Mungkin dah ok sebab udara dah kembali segar. Pastu aku call member aku soh amik nek kete. Nasib baik dia ada. Terus takde semangat dah nak g Muar. hahahahaha..

Gamba ni masa balik dari muar. Lega sebab dapat seat.



2. DAPAT SURAT LAYANG

Huhu kes surat layang ni aku dapat masa dah nak abes matrik dah. Time hujung-hujung. Masa ni ada orang tak puas hati dengan aku. Pastu hantar surat layang selit bawah pintu bilik. Mencarut-carut ape tah. haha lawak gila. Soo childish. Pasal ni aku tak nak cite panjang. Kang dapat plak lagi surat layang. hehe. Tapi macam nak je aku link blog budak yang bagi aku surat layang tu. hoho takdela, aku dah lupe pon benda ni. Benda dah lepas. Ley bygone be bygone. hehe


3. TERSALAH MASUK KULIAH

Masa ni aku salah masuk kuliah sebab salah tengok jadual. Masa tu kuliah kol 11. Tapi aku ingatkan pukul 10 start. Aku ingat aku dah lambat la nak masuk kuliah sebab dah pukul 10.05 macam tu la kot aku baru gerak. Bergegas aku mempercepatkan langkah sebab segan masuk lambat-lambat ni. Nanti semua orang pandang. Dah sampai depan dewan kuliah memang takde orang. Sah aku dah lambat. Mesti semua orang dah masuk. Aku pon pikir nak masuk ke tak. Segan sorang-sorang. Mana la tau time jalan tu terjatuh ke hape, lecturer perli ke.. Macam-macam dalam pikiran aku. Memandangkan aku ni sayang nak skip kuliah, ececeh..Aku pon masuk la dengan hati yang berdebar-debar.

Bukak je pintu semua orang pandang aku. Aku dah nak masuk dah then aku tengok, aik asal lain plak lecturer ni, lecturer ganti ke? Then aku tengok lak semua orang. Asal macam pelik je ha..? Pastu aku tengok tempat duduk aku (seat aku tetap sebab takde orang berani amek seat aku, hehe konon jek), ada orang lain duduk. Cepat-cepat aku tutup pintu pastu blah. Aku tak tau ape orang kat dalam kuliah tu cakap. Aku pon pelik, mana diorang nihh, yang tadi budak kuliah mana plak. hadoi. Jalan punya jalan aku tengok kelibat sorang budak kelas aku, aku pon gi kat dia. Weh kuliah cancel ke ape? Then dia cakap. KULIAH KOL 11 LA. CANCEL APENYE. Cis, MALU gile aku. Semangat punya pasal dah gi kuliah awal-awal, hamek ko..Redha.

Tu la antara cerita-cerita zaman matrik aku dulu. Rindu pulak masa tu. Alamak terpanjang lak entry ni. Okay, masa untuk gambar-gambar plak.

ni lak budak-budak praktikum aku.

Gamba praktikum 09
Tengah fokus buat eksperimen nih

hari hari terakhir kelas

mase dinner, aku, piza dan ika

ni aku ngan mira.dia ni pemalu orangnye.hehe

dalam kelas

ini dia rumet aku mase kat matrik. bilik D3.20 Al-Razi. Ika, Eda, Lina.

Kebetulan masa kat matrik rumet aku Lina ngan Ika, kat UTM rapat ngan Lina(rumet aku sekarang) dan Ika jugak. Jangan keliru. Orang nye lain-lain.Tak same.

dalam lab pon main-main. Ika yang pakai tudung merah, Lina purple.

Ok lah, dah panjang giler entry ni. bye. Sape dapat habiskan baca aku ucapkan tahniah. ^_^