Monday, September 07, 2009

Smart Day, Jatuh Moto

Isnin, hari yang paling tidak digemari oleh aku sebab setiap hari Isnin adalah Smart Day. Kalau tak pakai smart2 nanti kena saman. hoho. Sebab sayang nak derma bayar saman kat UTM, nak tak nak kena la pakai. So setiap hari Isnin aku akan pakai ayu-ayu berbaju kurung gi kelas. Dah la naik moto, abes terangkat-angkat kain aku masa bawak moto. Tapi aku pakai 2 lapis la sebab bahaya wo naik moto pakai kain. Kang ada je mata-mata yang tak diingini tengok.

Biasanya aku la yang bawak moto. Aku naik ngan room mate aku skali, Lina. Dan kadang-kadang bila tahap kemalasan aku datang, aku suruh je dia bawak even dia takde lesen pon. hehe.

Selama ni memang ok jela even bawak moto pakai kain pon. Tapi hari ni, malang menimpa kami. Yela, langit tak selalunya cerah kn. Eh eh asal aku berperibahasa lak ni. Kitorang accident masa turun dari fakulti aku yang nun kat atas bukit tu, tapi takdelah serius sangat. Masa ni Lina yang bawak, dia stop jap la kat T-junction tu sebab nak kasik line clear dulu baru jalan. Tapi tak semena-mena kain dia tersangkut kat kaki, dan menyebabkan dia hilang kawalan.

So aku ngan dia pon tergolek dog la kat situ. haha memang lawak gila kot aksi aku masa tu. Sampai tempat seat pon terbukak, habis semua barang dalam seat berselerak kat jalan. Dengan baju hujan nye, glove, kain buruk, semua khazanah terkeluar. Minyak moto pon tumpah kat jalan. Kalo nampak minyak tumpah kat T-junction bawah fkkksa tu, kitorang nye keje la tu. haha. Tangan aku ada calar sikit sebab terkena kat jalan masa nak tahan moto dari jatuh. Ini boleh menyebabkan aku mengalami kemurungan selama seminggu. Heh gurau jek.

Moto dah la berat, sepenuh kudrat tenaga aku guna nak angkat. Nasib baik aku tak kena hempap moto. Orang lain tengok je kitorang, tak tolong pon. sob-sob. Moto aku calar-calar, cermin longgar, kunci bengkok nasib baik tak patah. Nasib baik la tak teruk sangat. Ni gambar moto aku lepas accident. Tak teruk mane pon. hehe

side mirror aku
ni kat lampu depan.
kunci sampai bengkok. aku musykil macam mane kunci ni leh bengkok. any idea?
moto aku yang berat tu. huhu


P/s: Hari ni berbuka masak sendiri. Selamat berbuka~