Wednesday, September 30, 2009

Pakai Braces?

Aku bercadang nak pakai braces dah lama dah sebab nak mencantikkan lagi gigi aku ni dan secara tak langsung memudahkan lagi aku untuk makan. eh ada kena mengena ke? huhu. Takdelah, aku nak betulkan kedudukan gigi taring aku ni ha. Tapi sampai sekarang tak pakai-pakai. Nape tah. Tapi sekarang aku macam dah decide nak pakai. Dah besar2 baru nak pakai ek. Dah keras gak nye gigi aku ni. Tapi gigi memanglah keras kan. heh (-_-")

Tadi aku dah gi private dental clinic la nak usha2 dulu. Then harga dalam RM 3800-4500 camtu. Huhu mahal weh. Tapi bayaran dia setiap kali appointment je, around 150. Dengar cite pakai braces ni sakit. Bulan pertama lepas pakai mesti sakit gila sampai susah nak makan. betul ke? Tak kisah la janji hasil dia memberangsangkan kan. haha. Mungkin sem depan kot baru aku pakai. Abeslah orang panggil aku gigi besi pasni. Tadi adik aku msg aku, dia pon nak pakai gak braces. Dah jadik adik beradik bergigi besi kang. huhu~


adakah aku akan jadik camni nanti? huhu