Thursday, September 03, 2009

Belajar Untuk Ilmu ke Sebab Exam je?

Soalan kat atas tu kalau aku tanya kat diri aku sendiri, jawapan nye, wajiblah aku study untuk exam je. Kalo takde exam aku rasa, memang takde nye aku nak study ngadap buku hari-hari. Kalo la aku kene jawab soalan-soalan subjek sem lepas, mesti aku tak boleh jawab sebab mostly aku dah lupe. haha. Aku rasa ramai je kot orang yang macam aku. Exam oriented semata-mata.ala, sememangnya sistem kat Malaysia ni yang macam tu. Nak wat cemane. hoho

Nanti kalo nak keje camne la nanti. Mesti kene apply balik semua yang belajar tu kan. Aku tak nak keje boleh tak. Nak goyang kaki je kat rumah. hahaha.. Dulu masa kecik-kecik, cita-cita aku nak jadik askar@tentera. haha. Macam mana tah aku boleh terpikir cita-cita tu. Pastu tak lama lepas tu, aku tukar cita-cita nak jadik peguam lak. Tapi, memandangkan aku amat lemah bab-bab nak menghapal ni, terus tak jadik. kensel.

Em, aku tak pernah terpikir nak jadik doktor. Kenape ek? Mungkin sebab aku takut darah kot. hehe. So at last, aku pilih chemical engineering konon-konon nak jadik engineer la nanti. Masa aku pilih course ni pon, sebenarnye aku takdela minat sangat. Rasa biasa-biasa je. Tapi entahlah, aku tak tau nak amik course ape lg. And now bila dah amik course ni, tiba-tiba rase cam tak nak nak jadik engineer. Complicated betul la aku ni kn. Takde pendirian langsung. Tapi memandangkan aku dah pon pilih course ni, aku kena la habiskan jugak demi mendapatkan segulung ijazah. ececeh. Takpe, lagi 2 tahun lebih je. Go go! Tapi kalo nak sambung master lagi, PhD lagi, bertahun jugak laa...hehe.

p/s: Baru tadi lepas test 2 Energy Balance. Soalan yang baru bincang kat dalam kelas pon aku tak boleh jawab sebab lupa. hampeh!!