Wednesday, September 16, 2009

Aku nak kad raya

Tahun ni aku baru dapat 2 keping kad raya. Itu pon dari 2 orang kawan aku je. hehe. Dulu masa zaman2 skola, memang banyak la dapat kad raya. Tapi sekarang, sikit sangat. Yela, teknologi semakin moden. Lagipon tahun ni aku takde pon kasik kad raya kat sape-sape. Bukan bermakne aku kedekut ke hape, cume busy dan malas. hehe. Kang nak kena tulis, gam lagi, letak setem lagi, pos lagi. Banyak kan keje. Baik aku sms je. hehe. Mudah lagi pantas gitu.

Baju raya aku tahun ni tak siap lagi. Mak aku yang jahit baju raya aku sebab mak aku tailor swift. Banyak orang tempah wat baju so mesti la lambat siap nanti. Terpakse aku ready dengan baju raya lain sebab takot tak sempat siap. heh. Raya tahun ni aku raya kat MUAR. Rumah atok belah ayah aku. Nak kumpul duit raya banyak-banyak. Agak-agak leh dapat lagi tak? hik3~

Aku balik rumah sok. Macam biasa ar aku sorang2. Dah la banyak beg. Beg aku cam nak gi bulan je. ehe (-_-") Pastu ari khamis aku nak kena gi Penang lak. Ada urusan penting. hihihi. Nak jemput akak ipar aku sebenarnya. Naik flight sebab tiket bas dah abes, em sorang2 lagi. Sape nak teman aku nihh....

Em okla, di kesempatan ini, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih, eh eh salah. Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kawan-kawan dan sape-sape yang baca blog aku ni. huhu. Minta maaf kalo ada salah silap termengata ke atau pon memang sengaja mengata. Macam banyak je. heh. Pastu jangan main mercun, kalo nak main kena ajak aku. Woh tak sabar nak raya, nak main mercun ngn bunga api masa malam raya.

Before aku tamatkan entry ni, jom tengok gamba yg aku baru amik kat balai cerap pagi tadi. Awal aku bangun tadi. haha. ok baii~


with ika kiku~ tu name gelaran dia


selamat datang ke balai cerap. masuk2 tengok dulu.
1 barang 5 ringgit. tak beli takpe. (tiru ayat HINODE shop). hahaha


ni room mate aku name dia lina. Em sume berebut nak
amik gambar ngn aku. rasa macam artis kejap. kakaka


dengan ika lagi. boring tak korang? hehe jangan marah ika.
ko patut berbangga aku letak byk gmbar ngn ko. hehe


tak ready lagi masa ni, tapi camera dah capture. aku siap lari2
gi sana sampai nak tergolek. nasib baik tak jatuh.

xoxo,
NUR