Monday, August 24, 2009

Masalah Tido

Sejak bulan puasa ni aku tak tau la nape aku menghadapi masalah tak boleh tido ni. Aku pon pelik, setiap tahun kalo time pose je mesti aku tak leh tido. Kalo kat rumah, kalo tak leh tido keje aku asik online je la. Pastu tido dah lambat, tengahari baru bangun. Ade ke patot. haha. kantoi. Em, kat sini (utm), tak tido jugak. Nak online kengkadang je ade. Tu pon kalo room mate aku pinjam broadband bf dia. Nak harapkan Wi-Fi, hmm, memang tak boleh di harap. Sian kan aku.

Esok kat kelas mesti aku mengantok pastu mata merah-merah tahan tak nak tido. Benda yang paling aku tak suka ialah tahan mengantok. Seksa gila kn. Em, bantai je la tido sok. Tu pon kalo aku mengantok la. Jangan marah ye lecturer-lecturer ku semua especially Mr Homogeneous ^__^

Dan sekarang, bawah mata aku dah macam nak ada kesan hitam-hitam sebab tak cukup tido. Ohh tidak!!

gambar macam takde kene mengena je kan. ni view dari bilik aku.
kalo boring-boring study, aku merenung masa depan dari tingkap ni la.

Anyway, tadi aku men download cite Pendekar Bujang Lapok. Dari aritu aku nak tengok cite ni tapi baru sempat mendownload arini. Aku memang minat la cite ni, aku rasa ni cite P Ramlee yang paling lawak sekali kot. Aku ingat semua dialog-dialog dalam cite ni. Evergreen tak aku tengok cite lama-lama ni.heh.

Semalam birthday abah aku. Aku wish birthday pastu dia reply tq. hehe. Seumur hidup aku, aku tak pernah kasik hadiah birthday kat dia. Takpelah, tunggu aku dah besar nanti (macam sekarang kecik je), kete sebijik pon aku leh kasik. hihi


p/s: aku besarkan font blog aku, sebab macam lagi senang kan nak baca camni. baru nampak. aku prihatin kepada siapa-siapa pembaca blog aku yang rabun. hehehe

xoxo,
NUR