Sunday, July 05, 2009

lets face the book

Lagi dua ari kelas dah nak start. huhu. Nak kata excited ada la sikit. Malas tu banyak lagi kot. hehe. Rasa kejap je cuti. Aku rasa macam baru je packing barang nak balik ke rumah. Tup2 dah nak kene packing barang balik UTM balik. Semester ni aku sem 3. Tahun dua Kejuruteraan Kimia. Em, subjek pon macam susah-susah je, Organic Chemistry, Fluid Mechanics, Energy Balance, hope i can do well for this semester.

Bilik untuk sem ni aku dapat kat aras 3 lagi. huhu. Baru ingat nak dapat aras 1. Pastu, banyak gila nyamuk kat bilik ni. Aku rasa abis sem ni aku boleh mati kering aku. Maybe sebab kat tepi tingkap bilik aku ni ada pokok besar. Dari situ kot nyamuk datang. Takpe, nanti aku pasang kelambu la. hahaha.

Esok nak g shopping beramai-ramai kat Jusco Taman U. Macam-macam nak beli. Semua tah mana hilang. Baldi, bantal. Aku pon pelik camne boleh hilang. Aku rasa aku ada bawak balik hari tu. Adoi.

p/s: Betul ke wi-fi UTM sekarang ni dah limit 20 jam per person per month?? mana cukup...

Updated: Kat suratkhabar dia cakap
Oleh itu, setiap pelajar akan dihadkan untuk mengakses video kepada hanya kira-kira 20 jam sebulan. Polisi ini diharap dapat meningkatkan kesedaran sosial dan tanggungjawab intelektual di kalangan warga kampus ke atas penggunaan ICT,"(Datuk Prof Ir Dr Zaini Ujang).
Apa yang dimaksudkan dengan mengakses video? Maknanya, tak bermaksud boleh guna wi-fi 20 jam je kan?

buku ni takde kene mengena dengan subjek untuk sem ini.

xoxo,
NUR