Sunday, July 12, 2009

aktiviti hujung minggu

Baru-baru ni scooter kesayangan aku rosak dan terpaksa di hantar ke workshop. 3 hari aku takde kenderaan nak gi kelas. So terpaksa lah berjalan kaki naik bukit fkkksa yang tinggi tu. Dah lama aku tak jalan kaki. Penat tu terasa la jugak. hoho. Rasa cam budak first year pon ada gak coz diorang semua memang jalan kaki.

Moto aku tu mula-mula aku hantar sebab tak boleh start guna starter je. But then, mechanic kat situ kata moto aku ni banyak yang rosak, so terpaksalah repair sebab kalo tak repair, makin teruk la kot jadiknya. Nak tak nak aku hantar jela. Aku bajet memang tak sampai RM500. Sekali kena sampai RM1032. Terkesima sebentar aku di buatnya. Nasib baik boleh claim balik kat bapak aku. Selamat duit aku. hehehe~

Dan cuti hari minggu aku telah dipenuhi dengan aktiviti mencuci moto beramai-ramai. Takdela ramai pon. 3 orang basuh dua moto je. haha. Since aku bawak moto dari sem lepas, aku tak pernah lagi basuh moto. Amazing tak? haha. Bukan nya apa, moto aku sentiasa bersih. Kali ni je kotor sikit lepas balik workshop. Habis berminyak-minyak moto aku. huhu.

okay, mari kita lihat gambar.

pekerja aku tengah basuh moto. haha. xdela, ni kawan-kawan aku.

teka la ni sape. huhu, tengah basuh scooter.

hasil cucian, bersih kan?

aku, lina dan ika.

Cuti weekend ni aku tak study pon. hoho. Apa nak jadik la dengan aku ni. huhu

ok bai~

love,
NUR