Monday, June 08, 2009

malu lagi

Hari tu aku dengan akak ngan adik aku keluar pergi alamanda sebab akak aku tu mengidam nak makan donut big apple. Pastu nak beli barang sikit-sikit. Mula-mula plan nak tengok wayang tapi tak jadik. Sampai-sampai je kitorang terus menuju ke atm berhampiran untuk keluarkan duit. Baru je aku nak masukkan kad tiba-tiba je aku dengar akak aku menjerit..

"EDA!!!"

Aku pun terkejut beruk. Apa hal pulak ngan akak aku ni tetiba je nak menjerit kat atm ni. Tak ramai sangat orang masa tu. Pastu aku tengok akak aku memerhati kan kaki aku sambil bantai gelak tak ingat dunia. Sial. Rupa-rupanya aku pakai selipar lain sebelah. Sebelah warna hitam, sebelah warna hijau. Macam mana la aku boleh tersalah sarung selipar ni.


bukti kejadian yang sempat di capture oleh akak aku. stylo ape selipar lain sebelah. haha~

So, tanpa berlengah lagi aku tarik akak jalan dekat-dekat ngan aku sebab nk cover. Malu gile weh kalo orang nampak. Tak masal orang kata aku gila nanti. Muahahaha. Aku tak pasti masa tu aku tersalah sarung masa kat dalam kereta or dari rumah lagi. Kitorang pon balik kat kereta. Sampai je kat kereta, baru la aku tau, aku tersalah sarung masa dalam kereta. Mungkin aku ada bukak selipar masa dalam kereta tu.

Lepas tu kitorang pergi ke atm semula sebab tadi tak sempat. Masa aku tengah tekan no pin tiba-tiba je aku dengar akak aku gelak gila-gila macam tadi. Aku dah pelik. Apa la pulak kali ni. rupa-rupanya kasut dia putus. Hahahahhaha~ tu la, tadi dia bantai gelak kan aku. Sekarang dia plak yang kena. Kuikui~ Hambik ko!

Pengajaran:

  • Pastikan anda pakai kasut yang betul sebelum keluar.
  • Jangan suka gelakkan orang.
p/s: Aku dah mula bosan keje.

Sekian.

love,
NUR