Thursday, May 07, 2009

pulang dari utm


bersepah kan. huhu. ni la barang-barang aku.


Aku dah pon melangkah pergi dari utm untuk menikmati cuti indah selama dua bulan. hehe Alangkah bahagia ye kawan-kawan. Tapi sekarang aku stay sehari kat rumah abang aku kat pasir gudang. Esok baru gerak balik kl. Tengahari tadi baru aku siap kemas barang-barang kat bilik setelah bertangguh selama 2 hari. Aku dah kemas mula-mula tapi tetiba malas aku datang. Habis terbengkalai semua kerja.Hahaha. Barang aku sangat banyak. Mostly baju la yang banyak. Aku pon pelik nape aku bawak baju banyak-banyak sedangkan bukan aku guna semua pon baju tu.

Hmm. Agak-agak tadi aku naik turun dari aras 3 ke bawah adalah dalam 15 kali. Tak pon 20 kali. Banyak kn? Penatnya takyah cakap ar. Semput aku. Em, hopefully sem depan aku dapat aras 1. Senang sikit. Takde lah penat naik turun tangga. Tapi dok aras atas best gak. Aku dah la suka siram air ke bawah. Kalo malas basuh tangan je, mesti aku basuh kat tingkap je. Teruk betul kn. Mesti orang bawah selalu mencarut-carut kat aku. hehe. Pernah sekali, aku siram air, terkena pulak kat baju budak bawah sebab dia sangkut kat tingkap. Hahaha. Maaf sebab aku memang tak sengaja. Kalau dok atas, takdelah aku rasa macam orang bawah rasa kan, hari-hari kena siram air. hehe

Okay, berbalik kepada topik asal, barang-barang aku yang banyak tadi, aku sumbat dalam keta savvy abang aku tu. Nasib baik muat. Sampai aku drive nak pandang belakang pon dah tak boleh nampak. Huhuhu. Sampai je rumah abang aku, sekali lagi aku kene angkut masuk dalam bilik belakang. Takde pon orang nak tolong aku angkat barang. sob3~ terkial-kial aku angkat barang sorang-sorang. takpe-takpe. aku kuat.

p/s: sok bas aku ke kl kol 4 dari pasir gudang. naik bas transnasional 2 tingkat. aku tak pernah naik bas 2 tingkat so aku nak jadik jakun sikit. wehoo~

holiday, here i come ^__^

xoxo,
NUR