Thursday, May 07, 2009

maxis penipu !!!


emm ni entry kedua untuk hari ni. aku nak melahirkan rasa tak puas hati kat maxis ni. bengang betul la aku. aku baru je guna maxis postpaid. petang tadi aku online jap guna maxis tu since wifi tetiba lak tak dapat. takdela lama sangat. dalam 30 minit macam tu la. seronok jela aku guna sebab laju. aku bajet takdelah mahal sangat.

sekali baru je tadi aku cek bill aku. korang nak tau brape? RM218. gila tak?? bil aku sebelum tu dalam RM20 je. so kira aku online tadi, dia charge sampai RM200!! aku macam tak percaya je. bayangkanlah, aku boleh bayar broadband 3 bulan tau dengan harga tu. ni aku online tak sampai 30 minit.

MAXIS MEMANG PENIPU!!

terus aku rasa nak terminate je maxis tu. dan aku memang takkan guna maxis lagi. buat masa sekarang ni, aku guna u-pax je. harap maklum.