Monday, May 18, 2009

kereta ohh kereta


ima dan nur

jam dah pukul 4:55am tapi aku masih lagi menghadap laptop tanpa rasa mengantok. huhu jap lagi tido sure sampai matahari tegak kat atas kepala baru aku bangun. huhu alamak kantoi la plak. em, streamyx kat rumah aku tak pasang lagi. mana tah orang TM tak sampai-sampai. dah dekat 2 minggu dah. sekarang ni aku online gune celcom broadband. guna prepaid punya. aku pon pelik dah lama gak aku guna tapi kredit tetap sama je. bagus la kalo camni. boleh aku guna internet free je. tapi agak slow ar. nak download lagu leh plak laju. macam-macam hal la. hehehehe~

berbalik kepada topik,

nak cite ni, semalam aku g petronas dekat ngan rumah aku ni. petronas presint 11. aku drive la dengan adik aku yang darjah 5, ima. g sana sebab nak beli roti, biskut lemak and biskut merry. hehe nak wat camne, orang kuat makan. pastu nak withdraw duit sekali. em tah macam mana aku boleh lupa tutup lampu kereta bmw aku tu. haha acah mak enon. myvi jela. hehe. so, bahananya, kereta aku tak boleh nak start. mungkin sebab lama sangat aku shopping dalam petronas tu, menyebabkan battery kereta tu kong kot sebab lampu terbukak je. assumption aku la. tak tau betul ke tak.

huhu aku dah mati akal + hangin satu badan. time ni la dia nak wat hal. pastu call mak aku. tapi mak aku mana ada kenderaan nak datang sini. yela ada 1 kete je masa tu kat rumah. pastu mak aku suruh aku mintak tolong sape-sape yang ade kat petronas tu. dah la aku ni pemalu and berat mulut. aku dah ada nak mintak tolong kat sorang pak cik ni. tapi tengok muka cam garang je. tak jadik. pastu brother2 yang datang semua macam nak cepat je. so aku takut mengganggu diorang pulak. mana tau diorang nak tengok AF ke masa tu kan. cancel la. memang sampai pagi esok la aku kat sini nampaknya. cis. adik aku dah bising sebab dia nak tengok AF. then, tiba-tiba aku teringat aku ada senior kat presint 11 ni, abg abu. terus aku call dia mntak tolong. nasib baik dia boleh datang. hehe

dia datang dengan adik dia. pastu bermula la operasi melihat dan meninjau kerosakan kereta aku. pasang battery, cabut battery. bla bla bla, akhirnya memang dah confirm la tu masalah battery. tapi masalahnya sekarang, dia pon tak tau camne nak cas balik battery kereta tu. then mintak tolong kawan dia datang. sambung string kat battery kereta dia ngan kereta aku. apa tah nama dia. jump string eh? tah aku pon tak tau. pastu tak boleh jugak. pastu kawan dia ni call kawan dia lagi sorang. em last2 boleh. lega aku. time dah boleh tu pulak baru ler akak aku nak sampai. lambat betul bantuan dia. aku pun berterima kasih kat semua yang sudi membantu. hehehe~pastu sempat lagi akak aku pau duit aku. siot je kn..

em, ni dah dua kali aku bawak kereta pastu rosak. malang sungguh. dulu bawak kereta lain, masa tu kat puchong. dah la mati kat traffic light pulak tu. pastu tak boleh start. aku dengan kawan aku masa tu. lepas tu kawan dia tu call member dia mintak tolong tolak ke tepi. nasib baik. hahaha.

mintak-mintak lepas ni aku bawak kereta takde rosak-rosak lagi. amin..

panjang betul entry kali ni, cam karangan..hehe

xoxo,
NUR