Thursday, March 05, 2009

what a day

aku sangat gembira sebab dapat laptop ngan moto (scooter) baru. hehehe. thanks abah. lepas ni takdela aku asik kene tinggal je ngan member-member aku. diorang tu dah la jalan laju. aku terkontang-kanting nak kejar diorang. bukan salah aku. dah mmg aku jalan slow. haha lepas ni aku boleh jadik orang terawal sampai kelas. ahaks.

ramai betul orang cakap scooter aku tu besar. scooter elit sport.besar ke, kecik ke, aku tetap suka. hehehe ;))


ni la moto aku. besar ke? (aku curik gmbar ni kat google).
same je ngan moto aku. malas nak capture.

aritu, aku pergi isi minyak kat shell. nak isi penuh pastu cashier tu cakap la isi dulu baru bayar. masa tu aku dengan lina. so aku suruh lina yang isi. aku tengok je la dia isi. entah macam mana, tetiba je minyak petrol tu membuak-buak keluar. pastu lina pergi angkat nozzle tu even petrol tu still mencurah-curah lagi. habis tempat tu banjir ngan petrol.

lepas tu dia pass kat aku nozzle tu. petrol tu dah la keluar laju gila. memang habis la baju aku, seluar, cardigan, and kasut aku kena petrol. dah la busuk. orang kat shell tu boleh pulak tak perasan kejadian tu. ada la sorang mamat tu tengok je aksi kitorang. buat malu je. aku dah cuak gila. yela, petrol kan senang terbakar. nasib baik akhirnya dia stop jugak. aku pon sambung isi minyak sampai full. RM14.50. aku rasa petrol tu lagi banyak yang kat luar berbanding yang masuk dalam tank.

masa nak balik aku takot gak nak start moto takut tetibe lak terbakar kan. so aku tolak moto tu kat area paip pastu basuh-basuh sikit part yang kene petrol. tobat aku tak kasik lina isi minyak moto lagi. huhu. what a day!

xoxo,
NUR