Sunday, March 08, 2009

cite paling bodoh pernah aku tengok..

semalam aku pergi tengok wayang kat tebrau city. plan nak tengok movie benjamin button tapi movie tu ade pukul 6.30 je. macam dah lambat sangat je kalo nak tengok. so aku decide nak tengok cerita lain. usha punya usha poster-poster kat tgv tu, terpandang la poster cite ni, RASUKAN ABLASA.


tengok poster macam best je so aku pon beli la. aku suka gak tengok cerita seram-seram ni. TAPI, aku tak sangka lak ni filem RAZAK MOHAIDEEN. dah masuk dalam baru tau. kalo aku tau awal-awal, memang sumpah aku tak tengok. memang TAK BEST!!!

aku tak tau macam mana razak tu yang ada title professor, boleh buat cerita yang takde quality langsung. mengarut sangat3! aku kasik 0 star untuk cerita ni. ceritanya memang tak seram langsung tapi pelakon tu jerit macam nak keluar anak tekak. macam cerita MISTIK yang razak pernah buat dulu. tah hape-hape jek. pelakon plak kaku. tak reti berlakon langsung. tak sangka lak aku fauziah gous punya lakonan macam tu.

semua review yang aku baca pasal filem ni kebanyakan nya memang kata tak best. kesian betul. memalukan pengarah-pengarah malaysia je. aku rasa semua filem-filem razak mohaideen memang takde 1 pon yang best. itu pendapat aku la. tak tau la pulak kalo ada orang yang die-hard-fan si razak ni.

cerita tu start pukul 3.30pm, tapi pukul 4.30pm aku dah keluar dah. tak sanggup nak habiskan tengok. siapa-siapa yang ada rasa nak menonton cerita ni, lupakan hasrat anda ok? membazir je.

aku nak letak salah satu komen dari review cerita tu kat sini:

tolongla...sesapa yg ada magic tu..hilangkan dia terus
dr arena perfileman negara
aku setuju dengan kau sangat-sangat. haha. sape nak join anti-razak?

p/s: cerita geng dengan slumdog milionnaire gak yang best! thumbs up!

xoxo,
NUR