Wednesday, February 04, 2009

Mendaki Gunung Bintang

entry ni pasal aktiviti aku mendaki gunung bintang kat kedah masa cuti CNY hari tu. kitorang (src club) bertolak dari utm jumaat malam. time orang semua busy nak balik kampung tu. ohoho. jelez.

HARI PERTAMA

sampai kedah dalam kol 7 pagi. lama betul. aku tido je la dalam bas. then sampai kat area sungai sedim tu kitorang di bawak ke tempat nak start trekking guna lori. kelakar gila duduk ramai-ramai dalam lori tu. macam PATI pon ada jugak. hehe. tapi enjoy. asik gelak-gelak je sebab kitorang terpaksa mengelak dahan-dahan pokok dengan pelbagai aksi dan gaya.



lepas sampai, kitorang warm up and then trus shoot sampai waterfall. dalam 2 jam lebih perjalanan. penat jugak la. stop kat waterfall just masak untuk lunch dengan solat zuhur. ramai gak yang kene pacat. nasib baik aku tak kena.



then lepas siap kemas-kemas kitorang teruskan perjalanan meredah hutan lagi. budak-budak laki isi masa dengan menyanyi. macam-macam lagu aku dengar. aku nak join nyanyi-nyanyi tp tak larat. haha. malu sebenarnya.



kitorang sampai kat campsite puncak bunian dalam pukul 6. lebih kurang 3 jam lebih dari waterfall tadi. lama kn. lega betul. akhirnya sampai gak. penat weh.

so lepas dah rehat-rehat sebab kepenatan tadi, kitorang pasang khemah, pastu siap-siap nk masak untuk dinner plak. aku jadik pembantu chef je sebab dalam group aku dah ada chef. so aku sekadar membantu. hehe.

malam pulak ada aktiviti suai kenal. ramai jugak lagi yang aku tak kenal dalam kelab ni. so, aktiviti ni sedikit sebanyak dapat berkenalan. huhu. pastu TIDO! saat yang paling aku nanti-nanti kan.



HARI KE-2

sok nye pagi-pagi dah kene kejut dgn ketua ekspedisi iaitu yad. bangun bangun bangun! sama je ayat dia kejut semua orang. haha~ pas breakfast, semua bersiap-siap untuk meneruskan pengembaraan ke punjak gunung bintang. semangat aku. hehe. semua orang pakai raincoat sebab hujan. diorang sume pakai raincoat yg pakai buang punye, yang jenis plastik. aku lak pakai raincoat yang bukan pakai buang. siap diorang gelak lagi raincoat aku sebab diorang kata cam lab coat. tak kesah la. standard sikit ape. wakakaka~

trek memang lecak-lecak abes sebab hujan. licin plak tu. sampai kasut aku boleh tercabut sebab termasuk dalam lumpur. huhu. cabaran-cabaran. mula-mula sampai kat bonsai garden, pastu bintang kecil and lastly sampai gak kat PUNCAK BINTANG. masa yang di ambil lebuh kurang 2 jam lebih. seronok gile bila dah sampai atas. tapi SEJUK sangat. sebab kat atas tu memang dah sejuk, pastu ditambah lagi dengan hujan. memang aku menggigil kat atas tu. bukan aku je, semua orang pon. hehe. kat atas tu amek-amek gamba and then masak untuk lunch.



pastu setelah agak lame kat atas tu, kitorang turun balik ke camp bunian. kasut ngan seluar aku dah penuh dengan lumpur sebab trek berlumpur. hoho~ sampai-sampai camp bebudak perempuan gi mandi kat sungai. dalam 10 minit nak turun kat sungai tu. air sejuk gile. aku rasa macam mandi guna air dalam fridge. tp best! malam tu xde aktiviti sangat. cuma main uno je. aku tak join sebab nk tido awal. so aku tengok je diorang main, tak lama lepas tu aku tido.

HARI KE-3

sok nye aku bangun lambat skit. harap je tido awal. hehehe. pas breakfast, semua siap-siap kemas barang sebab ari ni nk turun sampai camp rapidfire. beg aku dah kurang sikit beratnye. tp aku bawak ground sheet khemah. so agak penuh la beg.

turun takde la tough sangat cam naik aritu. boleh kate relax sikit la. dalam 9.30 pagi gerak dari atas. sampai kat waterfall dalam tengahari. kat waterfall just lunch. budak-budak laki lak mandi manda.

pas semua siap, sambung balik perjalanan ke camp rapidfire. sampai dalam lebih kurang kol 5 kot. aku lupa plak. hehe. pas naikkan khemah, apa lagi. g mandi kat sungai. kali ni best sikit sebab air tak sejuk sangat. hoho~



pas dinner kitorang main uno je. kali ni aku join. hehe. aku x menang ar tapinye. tak bape tere lagi. masih amatur. pas main uno, semua masuk dewan sebab ada aktiviti. aktiviti main2 je. ada main tiru gaya binatang, main tukar-tukar tempat, macam-macam lagi la. aku tak tau nama permainannya. hehe. tapi memang best. penat aku asik gelak je. then TIDO.


HARI KE-4

pas breakfast ada main tubing. best jugak la. tapi aku main sekali je. pastu gi main air. pas abes, semua siap-siap kemas barang. then kitorang gi THE TREE TOP WALK. jambatan gantung besi terpanjang di asia tenggara. hoho. biasa-biasa je. takdela best sangat. cuma tengok hutan je. pastu balik utm dalam kol 5 petang. sampai kat utm 4.30 pagi.




xoxo,
NUR