Monday, February 16, 2009

Malunya Aku



kisah ni terjadi masa aku sekolah menengah. masa form 2 ke form 3 aku pun tak ingat. masa tu aku sekolah kat SMJK Pei Hwa kat Muar. sekolah ni ramai cina. budak kelas aku berapa kerat je melayu. so secara tidak langsung aku ada meminati seorang budak cina kelas aku. hehehe. nama dia LEE (bukan nama sebenar). dalam masa yang sama, kawan aku pun minat budak cina ni jugak. kawan aku ni nama MIRA (bukan nama sebenar). aku takdelah minat sangat. minat biasa-biasa je sebenarnya. hehe

dipendekkan cerita, ada satu hari ni aku nampak LEE kat rumah seorang lagi rakan sekelas aku, CHONG (bukan nama sebenar). rumah CHONG ni dekat je dengan rumah aku. sepuluh langkah dah sampai. rumah taman. selang 5 buah rumah kalau tak silap aku. so bila nampak dia (LEE), aku agak excited la jugak. dia pon melemparkan senyuman kat aku. aku senyum la balik.

lepas tu, aku nak sms MIRA nak bagitau dia aku jumpa LEE. nak kasik dia jeles la konon-konon. hahaha. poyo je aku kan. aku pun apa lagi. menokok tambah la cerita nak kasik cerita best. aku cakap kat dia yang LEE senyum dan siap lambai-lambai tangan kat aku. walhal dia senyum je kat aku. kuikui ^__^

so dengan pantas nya aku pon hantar lah sms tu kat MIRA. aku pun excited nak tunggu balasan dari MIRA sebab nak tengok reaksi dia. kemudian 1 sms report sampai
"message delivered
LEE"

Arghhh~TIDAK!!! rupa-rupanya aku tersalah hantar sms. aku terhantar sms tu kat LEE. aku memang dah malu gila time tu. tak tau mana nak letak muka. korang bayangkan la macam mana perasaan aku masa tu. berkecamuk. dah la hari-hari aku akan jumpa si LEE tu. mesti dia kata aku perasan nak mampus. rasa macam nak pindah sekolah hari tu jugak. tangan aku memang dah terketar-ketar la sebab malu punya pasal. hahaha. aku pun pelik macam mana aku boleh tersend kat dia. padan muka aku kan.

moral: jangan jadik perasan. sekian.

p/s: nama terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

NUR