Monday, February 23, 2009

balik jungle trekking bawak keropok lekor

bukan main beria-ia lagi aku semalam sebab nak pergi jungle trekking. tapi apakan daya, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. kuikui~ dengan semangatnya aku berpakaian track suit + t shirt bersiap sedia nak pergi jungle trekking la konon. pagi-pagi lagi pukul 7 tau.

sekali datang-datang je kat tempat bas, semua yang ikut program tu pakai jeans and baju lawa-lawa. malu gila aku. seriously aku ingat ni memang program jungle trekking, but then, rupa-rupanya hanyalah lawatan macam budak sekolah semata-mata. disebabkan dah bayar RM25, tak kan lah aku nak cancel plak gi sana. so, aku bersama-sama kawan aku 3 orang berlari balik bilik sebab nak tukar baju. yela, takkan lah diorang semua pakai lawa-lawa tapi kitorang pakai seluar trek je. malu la. hahaha.

so, aku pon pergi la gak join lawatan tu. dah la tak kenal pon ngan bebudak yang pergi tu. diorang budak sports science. hehe. sempat la gak merakamkan gambar kat sana. well, tanjung piai ni di kenali sebagai the southern most tip of mainland asia. tapi kat sana takde pape yang menarik. bagi aku la. huhuhu. balik aku beli keropok lekor. tu la hasil jungle trekking kami. hahaha


xoxo,
NUR