Friday, January 09, 2009

Maxis Berukband

Seminggu aku tak post entry. Bukan apa. Masalah internet kat utm ni ha. Slow gile. Boleh tak kalo internet tu kasik laju sikit. Aku memang hangin betul bab-bab internet lembab ni. Before ni aku gune maxis broadband. Tapi baru je terminate sebab maxis tu pon dua kali lima sepuluh jugak.
LEMBAB! (tu je yang aku mampu katakan)
Mahal pulak tu masa nak terminate. RM425 aku kene bayar. Tu campur bil tertunggak skali sebenarnya. Tu yang mahal. ekekeke~ Pastu nk terminate kene bayar RM200 sebab tak cukup setahun. Habis duit aku. So sekarang aku hanya bergantung harap (berhenti berharap) kat wifi yang tak berapa mantap ni. Sabar aje lah. adoi

Lepas ni aku agak busy sikit dengan beberapa aktiviti. Minggu depan aku ada trip ke singapore bersama kawan2 course aku. huhu. First time ke negara orang even singapore yang dekat je pon dengan johor ni. kuikui. Yela, aku mana pernah keluar dari malaysia ni (sayang sangat kat malaysia, tak sampai hati meninggalkannya). Paling jauh pon pergi sabah je. hehe. Trip nye sehari je, tak lama pon.

Ok lepas tu aktiviti seterusnya adalah mendaki gunung bintang (1862m)
kat kedah. Aku baru je join src(student recreational club). Club under utm. Aku terpengaruh ngan kawan aku yg baru je balik dari daki gunung brinchang. Aku tengok cam besh dan menarik je. So join lah. hehe. Aku pon tak sure sama ada aku larat ke tak nak panjat gunung tinggi2 tu. Aku tak berapa suka sangat aktiviti yg penat-penat ni. Kurang stamina.

Mana tak nye, aku lari 100m pon dah tercungap-cungap tak cukup nafas apatah lagi nak daki gunung. Tapi aku nak try jugak la. Excited jugak ni nak daki gunung ni. Kalau aku berjaya, kira satu pencapaian besar jugak lah untuk aku. eceh.

Before ni, gunung ledang je yg aku pernah naik. Tu pon gune tangga je. So cuti raya cina ni aku tak balik rumah la, bermalam kat hutan kat gunung bintang tu je. 5 hari tu. Hope best la kat sana. Macam-macam barang nak beli before pergi sana. Aku cakap dengan mak aku nak daki gunung. Banyak jugak pesanannya kepada aku.

"Pergi panjat gunung bebaik, jangan leka, baca doa selalu, jangan lalai ingat tuhan, jangan terlepas cakap, jangan cakap besar."

Baik mak, eda ingat semua pesanan tu. Jangan risau.

Tadi masa kuliah aku teringat 1 permainan yang aku selalu main masa zaman budak2 dulu. haha. Yang lukis tapak tangan kat atas 1 paper then setiap jari-jari tu bahagi tiga. Then tulis list-list name suami la, kerja, rumah, etc. huhu. Lepas tu nanti kena point kat option yang ada then akan stop bila pemain kata stop. Korang pernah main ke tak bnda ni. Dah lupa gak main tapi saja boring so kitorang layan kan je. Ni result yang ika dapat.



Ok tu je kot. Bye semua!

love,
NUR