Monday, December 29, 2008

Azam Tahun Baru



salam maal hijrah 1430H kat semua dan tahun baru 2009 yg bakal menjelma. semoga kedatangan tahun baru ni membawa sinar baru dalam hidup kita. hehe. aku cakap macam nk buat karangan pulak. ni la azam aku tahun ni. hope aku boleh capai apa yg aku cita-cita kan.

1. sem ni nak dapat dean list. so aku kena la rajin-rajin. taknak malas-malas macam sem lepas. pointer aku sem lepas tak berapa nak best. 3.5 pon tak sampai. huhu~ 0_o camne la nak dapat first class kalau camni..

2. taknak tangguh-tangguh buat revision. biasala aku, time nak test and exam baru terkial-kial nak carik buku. jangan jadik macam aku ok? eda, pls berubah!

3. nak kurangkan buat perkara-perkara yg tak berfaedah. contohnya macam tido banyak, online lame-lama, hang out sana sini.

4. jadik rajin sikit. hehehe. rajin banyak pon boleh gak la. hahaha

5. patuh perintah ibu-bapa. jangan banyak melawan.

6. amal makruf nahi mungkar. insyALLAH.

7.
jangan membazir beli benda bukan-bukan. simpan untuk masa depan. aku rasa aku tak pernah menyimpan duit. boros betul aku ni kan. haih~

ape lagi ek. tu je la kot. huhu.

p/s: happy upcoming birthday to my mom on 1st Jan. tak tau nak kasik hadiah ape. any suggestion?

NUR
1 Muharram 1430 Hijrah