Saturday, December 27, 2008

Aku Seorang Pelupa

semalam aku pergi kenduri kat rumah mak ngah aku kat felda taib andak (felda mawi). kalo aku balik lambat sikit, boleh gak tgk mawi kawin. tak sempurna kiranya majlis tu tanpa aku. hahaha. tp aku memang tak suka la stay rumah orang lama-lama. bukan apa, tak selesa. kat rumah sendiri jugak yang best sebab boleh buat apa saje. hehe.

kalau stay rumah orang mesti aku tak tau nk buat apa. aku nk tolong-tolong kat dapur. kan orang tengah busy masak-masak, yela kenduri kan. aku datang je dapur, semua pon tengah busy. aku tengok diorang, diorang tengok aku balik. hehe. last-last aku pergi depan balik. adoi. aku nak tolong tapi tak tau. yela, dah ade kat rumah orang, mestila tolong knn. tak sedap plak kalo orang tengah-tengah busy tapi aku duduk relax je.
tapi tak tau nak start dari mana. tapi lepas kenduri aku tolong jugak la. tolong kemas pinggan kat depan and basuh2. hehehe.

aku baru je sampai kat utm pagi tadi. bapak aku anta. dalam pukul 10 kot aku sampai. aku balik awal sebab pergi kenduri tu la. so takdelah patah-patah balik nnti, alang-alang dah ade kat johor ni terus je la balik. so sampai-sampai je kat bilik aku baru teringat aku lupa nak ambik kunci kat dalam beg balik kampung coz time aku balik aritu aku guna beg tu. tp disebabkan beg tu dah nak koyak, aku guna la beg lain. lupe gile pasal kunci loker aku tuh. adoi. tu la barang ketiga tertinggal yg br aku sedar (hope takde lagi barang tertinggal). nasib baik lina (room mate aku) ada kunci spare, kalo tak, tak ke problem aku nak pecahkan mangga kunci tu. dah la besar.

barang first yang aku tinggal adalah biskut yang aku dah beli sampai 10 peket sebab kat skudai takde jual. last-last hampeh, kempunan nak makan biskut melky tu. huhu. memang sedap la biskut tu (promote2). eish~ kat jj taman u yang besar tu pon takde (besar ke?).


ni la biskut fav aku tuh. cepat2 gi try carik. sedap! hehe

barang kedua plak yg tertinggal brooch yang aku dah beli agak banyak gak la. sebab semua brooch aku dah hilang. sape tah ambik, setiap kali aku beli and bawak balik rumah, mesti hilang. aku yang tak pandai simpan ke or orang lain yg ambik. salah siapa? hehehe.

tak ramai yang dah balik lagipon, aras aku ni aku sorang jek. takot gile. nasib baik malam ni lina balik. tu pon selepas aku paksa die. kalo tak, seram aku nak tido sorang~ pastu cafe pon tak bukak lagi. nasib baik lagi aku ada seorang kawan yang baik membelikan aku nasi berserta milo ice tengahari tadi. hehe thanks kat billy ;)) kalo tak, kebulur aku nak tunggu lina balik. dah la sampai malam. biskut2 sume aku simpan dalam loker. takde makanan langsung nak makan. kettle pon dalam tu gak. tak boleh nak masak air. tahan je la haus. huhu.

selasa ni kelas dh start. hehe. aku seolah-olah tak sabar sedangkan bila kelas dah start, mesti malas aku datang balik. mula-mula je macam semangat. kuikui~

ok, nak sambung lipat baju sambil memekak dengar lagu. daaaa~

p/s: sok nak gi shopping kat jj. nak beli comforter . tgh murah sekarang ni. jom3. stok makanan pon nak beli gak. heh ;)

xoxo,
NUR